Majlis Jamuan Hari Raya DPMM Kedah 2025

24 April 2025

Majlis Jamuan Hari Raya DPMM Kedah 2025 – Meriah & Penuh Ukhuwah! 🎉

Alhamdulillah, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, bermula jam 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang, bertempat di Anak Bukit Hall & Catering, Alor Setar, Kedah.

Majlis yang penuh kemeriahan ini telah menghimpunkan para ahli DPMM Kedah, rakan-rakan strategik, serta para tetamu jemputan dalam suasana mesra dan harmoni, seiring dengan semangat Aidilfitri — saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim dan meraikan kejayaan bersama.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Kehadiran anda amat bermakna dan menyerikan lagi suasana.

✨ “Aidilfitri Dirai, Ukhuwah Diperkukuh, DPMM Kedah Terus Gemilang.” ✨

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *