4/2/2024|Alor Setar
Pagi ini pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Insititut Kemahiran Mara (IKM) Alor Setar. Kunjugan yang sertai oleh Pengarah IKM Alor Setar, En Abdul Halim bin Mohammad, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, En Muhammad Ihfan bin Suparman dan 3 pegawai, telah disambut oleh YDP Datuk Mohd Zayad. Turut meraikan kunjungan ini adalah AJK Dewan dan AJK Dewanmuda.
Antara perbincangan dalam pertemuan kali ini adalah berkaitan dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, dan bidang-bidang dan program yang ditawarkan di IKM. Perbincangan turut meliputi strategi untuk memastikan latihan kemahiran melalui (TVET) menjadi pilihan utama (mainstream) kepada para pelajar, khususnya pelajar bumiputera. Pihak IKM juga menjelaskan berkenaan dengan bidang pengajian baru yang diwujudkan di IKM iaitu Diploma Teknousahawan. Secara khususnya IKM Alor Setar menawarkan 2 Program baru iaitu Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk Perabot dan Diploma Teknousahawan Percetakan Fabrik, yang mana para usahawan dibawah program IKM akan dibangunkan secara berstruktur untuk menjadikan mereka usahawan yang mapan dan berjaya.
InshAllah akan diusahakan satu kerjasama antara DPMM Kedah bersama IKM Alor Setar berkaitan dengan program-program keusahawanan.
See Insights and Ads
All reactions:
1717