Majlis Hi-Tewa & Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat

11 Februari 2026 | Dewan Insaniah, Kompleks LZNK, Mergong

DPMM Kedah memenuhi jemputan menghadiri Majlis Hi-Tea dan Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meraikan syarikat-syarikat korporat yang menunaikan zakat perniagaan.

Majlis disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Haji Awang, serta dihadiri barisan kepimpinan LZNK, pengurusan kanan syarikat korporat dan tokoh agama negeri.

YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail turut dijemput menyempurnakan penyerahan zakat perniagaan dalam majlis tersebut.

Semoga komitmen berterusan rakan-rakan korporat ini terus memperkukuh institusi zakat sebagai pemacu kebajikan dan pembangunan ummah di Negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *