10 April 2-25
Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Zayad Md Ismail, berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan bermula tengah hari tadi.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti itu telah menjadi wadah mempererat silaturahim antara kepimpinan negeri dan para jemputan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
DPMM Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datoโ Seri atas jemputan yang penuh bermakna ini. Semoga hubungan yang terjalin terus diperkukuhkan lagi.
