11/9/2023
PROGRAM ‘WALKABOUT’ DPMM KEDAH SIRI 1
Diantara kaedah untuk kami mendapatkan maklumbalas mengenai situasi terkini perniagaan adalah dengan berjumpa secara terus dengan usahawan di premis mereka sendiri. Kali ini, DPMM Kedah menganjurkan program ‘walkabout’ dengan pergi berjumpa terus dengan usahawan khususnya di negeri Kedah bagi menyelami sendiri cabaran perniagaan yang dihadapi.
Petang tadi, Siri 1 Program Walkabout DPMM Kedah mula digerakan. Kunjungan pertama team Walkabout DPMM Kedah adalah di sekitar Kawasan Pokok Sena Kedah.
Dalam siri walkabout ini, rakaman temubual bersama peniaga dijalankan. Selain mendapatkan sudut pandang mereka tentang suasana perniagaan sekarang, tujuan rakaman diadakan juga adalah untuk didokumentasikan. Dapatan yang diperoleh ini, Insya Allah akan dijadikan sumber berguna ketika berjumpa dengan pihak berkepentingan terutama agensi yang terlibat secara langsung dengan keusahawanan.
Doakan agar ada langkah konprehensif dapat dihasilkan melalui pertemuan untuk siri walkabout seterusnya. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Terima kasih diucapkan kepada usahawan2 yang kami temui hari ini khususnya di Kawasan Pokok Sena. Terima kasih juga kepada team DPMM Kedah yang terlibat, iaitu daripada Pengurusan DPMMK, DewanMuda, Dewannita, serta kakitangan yang terlibat menjayakan program Walkabout Siri 1 ini.





See Insights and Ads
All reactions:
30You and 29 others