Sesi Perkongsian Peluang Geran Penyelidikan Industri Bersama UniMAP.

8 Mac 2026

DPMM Kedah telah menerima kunjungan Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Saifizi bin Saidon dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi membentangkan peluang geran penyelidikan kerjasama industri kepada barisan Jawatankuasa DPMM Kedah.

Antara geran yang diperkenalkan ialah melalui Public-Private Research Network (PPRN) serta Geran Industri MIMOS, melibatkan projek seperti pembangunan Point of Sale (POS) System dan Design Smart Stocktake Monitoring System.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada DPMM Kedah mengenai potensi kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi, selain menilai kesesuaian untuk diperkenalkan kepada ahli-ahli DPMM Kedah sebagai peluang inovasi dan penambahbaikan operasi perniagaan.

#DPMMKedah#UniMAP#PPRN#GeranIndustri#InovasiIKS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *