13/4/2023|Alor Setar
DPMM Kedah menerima jemputan untuk terlibat dalam Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023. Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp.
Jemputan tersebut di sampaikan sendiri oleh Ketua Perolehan Pelanggan bahagian Utara, en Mohamad Shahril bin Mohammasd yang hadir ke pejabat DPMM Kedah petang ini bertemu dengan YDP Datuk Zayad Ismail bagi menerangkan program tersebut. Turut hadir adalah Ketua Dewan Muda, En Mohd Ferdaus Kalkausar Kassim.
Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) ialah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang dan industry untuk peluang pembelajaran dan pembangunan.
NTW dijadualkan akan bermula pada 22 Mei hingga 28 Mei ini yang akan menampilkan program latihan merentasi pelbagai topik dan bidang kemahiran. Ini akan ditawarkan secara percuma.
InsyaAllah DPMM Kedah akan mempertimbangkan untuk cuba turut serta dalam program tersebut.