DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

PROGRAM MAJLIS SUMBANGAN RAMADHAN 2023

2/4/

Gambar2 sekitar Majlis Sumbangan Ramadhan DPMM Kedah Tahun 2023 yang diadakan di Pejabat DPMM Kedah.

Sumbangan ini adalah wang yang terkumpul Hasil daripada agihan semula kutipan zakat tahunan yang di bayar melalui DPMM Kedah. Sejak Tahun 2017 lagi DPMM Negeri Kedah melalui Yayasan DPMM Kedah telah Dilantik Sebagai Ejen Kutipan Zakat Daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Terima kasih juga kepada Puan Hajah Asiah bt Bashah, Pengerusi DEWANITA DPMM Kedah yang juga pemilik Rangkaian Pasar Borong AA Teguh yang turut menyampaikan sumbangan pribadi beliau kepada penerima2. Semoga dengan sumbangan ini, dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita. Sesungguhnya, Sedekah Ramadan ini dapat membuka peluang untuk kita berkongsi rezeki.

DPMM Kedah merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan wakil penerima sumbangan, iaitu terdiri daripada;

1. PUSAT BAITUL MAHABAH AL-HASHIMI, KUALA NERANG

2. PUSAT JAGAAN IHMK, JITRA

3. PUSAT JAGAAN BAITUL AHMAD, SEBERANG PERAK

4. PUSAT JAGAAN ANAK YATIM SMART IQ, ALOR JANGGUS

5. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM BATU 9, KOTA SARANG SEMUT

6. RUMAH ANAK YATIM AMAL SOLEHAH, PENDANG

7. PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS, ALOR MENGKUDU

8. TABUNG KEBAJIKAN DAN SURAU PONDOK FAUZI, YAN

9. MAHAAD TAHFIZ DARUL QURAN, SUNGAI BARU

10. PUSAT JAGAAN KASIH ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF, KUALA NERANG.

Sumbangan di sampaikan oleh YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad B Md Ismail.Turut bersama memeriahkan majlis TYDP, Hj. Badrol Hisham Hj Mohd Rejab, Setiausaha Kehormat serta beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan.

DPMM Kedah, berharap semoga sumbangan kecil ini memberi makna buat institusi2 tersebut selain dapat membantu sedikit sebanyak keperluan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *