Program Ziarah Kasih bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas

5 Mac 2026 | Alor Setar.

Alhamdulillah, petang ini DPMM Kedah berkesempatan menyertai program Ziarah Kasih bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas, anjuran Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tahniah dan syabas kepada Pusat Alumni UUM atas penganjuran program yang penuh makna ini. Program ini memberi peluang kepada DPMM Kedah untuk lebih dekat dengan warga emas yang kini menetap di pusat jagaan tersebut.

Ziarah seperti ini mengingatkan kita bahawa usia tua adalah fasa yang pasti dilalui setiap insan. Semoga sedikit sumbangan daripada DPMM Kedah dapat menceriakan mereka serta mengukir senyuman di wajah para penghuni.

Mudah-mudahan segala usaha para pengurusan dan petugas pusat jagaan ini diberkati Allah SWT, dan setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤲

#DPMMKedah

#ZiarahKasih

#PusatAlumniUUM

#PrihatinWargaEmas

#KhidmatMasyarakat

#AmalJariah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *