Kunjungan DPMM Kedah ke pejabat NCIA Kedah bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan program skim DANA USAHAWAN

23/5/2023

Hari ini wakil DPMM Kedah hadir ke pejabat Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) Kedah bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan program skim DANA USAHAWAN ataupun DU@NCER. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

DU@NCER adalah DANA PEMANGKIN sebagai TIPPING POINT (sokongan berbentuk geran) kepada syarikat-syarikat Mikro dan SME Bumiputera yang berkelayakan bagi meneroka pelaburan baharu atau perkembangan perniagaan. Dana ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera di dalam rantaian nilai dan ekosistem industri melalui pembangunan projek-projek katalis yang terletak di NCER.

InshaAllah, dalam masa terdekat agensi kerajaan yang berkaitan akan menganjurkan satu program penerangan kepada usahawan2 bagi menjelaskan tentang dana2 yang disediakan di bawah program NCIA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *