25/5/2023| Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.
Seramai 15 sukarelawan terdiri daripada ahli-ahli dan kakitangan DPMM Kedah adalah antara yang turun membantu Lembaga Tabung Haji (LTH) negeri Kedah dalam operasi Haji Tanah Air (OTHA) stesen Alor setar hari ini di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.
Turut hadir adalah Yang DiPertua, Datuk Mohd zayad menyampaikan cenderahati, dan mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah haji Kedah ke Tanah Suci Mekah.
Aktiviti ini dijalankan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Fi Sabililah, selain memberi peluang kepada ahli-ahli DPMM Kedah untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawan.
DPMM Kedah mengucapkan semoga semua jemaah selamat menunaikan ibadah Haji dgn sempurna, kesihatan yg baik & dilindungi Allah selama menunaikan ibadah. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah.
Terima kasih juga kepada Tabung Haji Kedah kerana memberi peluang kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam operasi haji stesen Alor setar tahun ini.
See Insights and Ads
All reactions:
19You and 18 others