29 Disember 2025
Pagi ini, Pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan hormat daripada SME Corp bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa usahawan dan PMKS di negeri Kedah.
Kunjungan diketuai oleh Pengarah SME Corp Kedah/Perlis, Encik Mohamed Zulfikar bin Mohamed Hazri, dan disambut oleh Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail, bersama Ahli Jawatankuasa DPMM Kedah.
Selain sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, kunjungan ini turut bertujuan menjemput ahli-ahli DPMM Kedah menyertai Sesi Dialog Usahawan Bumiputera bersama Penasihat Khas MPUPK, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, yang dilantik pada 21 Oktober 2025. Program ini InshaAllah akan diadakan pada bulan Januari tahun 2026 nanti.
DPMM Kedah merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan berharap kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi kemajuan usahawan Bumiputera.
#DPMMKedah#SMECorp#UsahawanBumiputera#PMKS#KerjasamaStrategik


