kunjungan hormat daripada delegasi Albukhary International University (AIU).

28 April 2025

Alor Setar, 28 April 2025 – Pagi ini, DPMM Negeri Kedah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Albukhary International University (AIU).

Delegasi AIU diketuai oleh Encik Abu Bakar bin Ngah, Pengarah Pusat Jalinan Industri dan Komuniti, bersama Prof. Dr. Sofri bin Yahya serta beberapa orang pensyarah kanan dari School of Business & Social Science.

Kunjungan ini merupakan kesinambungan kepada sesi dialog AIU bersama komuniti setempat yang berlangsung pada 20 Februari 2025 yang lalu. Ia bertujuan untuk mempereratkan hubungan, memahami dengan lebih mendalam peranan DPMM Kedah, serta membuka ruang perbincangan mengenai peluang-peluang kolaborasi strategik di masa hadapan.

Delegasi AIU telah disambut mesra oleh Naib Yang DiPertua DPMM Kedah, Encik Mohd Khairul bin Rohami, bersama Setiausaha Kehormat, Encik Mohamad Ismadi Ismail, serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Dewan dan Dewanmuda Kedah.

Antara intipati perbincangan termasuklah potensi kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan, program latihan industri untuk pelajar, projek komuniti, serta inisiatif membangunkan jaringan usahawan muda antara AIU dan DPMM Kedah.

Semoga jalinan erat ini menjadi permulaan kepada pelbagai program bermanfaat demi memperkasa usahawan Melayu dan komuniti setempat. Kami di DPMM Kedah sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negeri usahawan Melayu di negeri Kedah khususnya,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *