Program Explore Research, Innovation and Commercialization (X-RIC 360) yang berlangsung di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

28 Oktober 2025 (Selasa)

📍 UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

Alhamdulillah, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah selain memenuhi jemputan sebagai rakan strategik, turut berpeluang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 40 pelajar asnaf dalam Majlis Penutup Program Explore Research, Innovation and Commercialization (X-RIC 360) yang berlangsung di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua DPMM Kedah, En. Mohd Khairul bin Rohami, mewakili Yayasan DPMM Kedah.

Sumbangan ini merupakan hasil agihan semula kutipan zakat melalui Yayasan DPMM Kedah, yang sejak tahun 2017 telah dilantik sebagai ejen kutipan zakat rasmi di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Selain itu, DPMM Kedah turut diberi peluang mempamerkan produk-produk usahawan ahli-ahli Dewan sepanjang program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban para pelajar serta menyuntik semangat mereka untuk terus berjaya menuntut ilmu di institusi yang banyak berjasa kepada anak bangsa Melayu ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *