SESI LIBAT URUS PENGUKUHAN PROMOSI & KEMASUKAN PELANCONG PULAU LANGKAWI | NCIA

Aloft Langkawi Pantai Tengah

📅 22 Januari 2026

DPMM Kedah diwakili oleh Fadzilly Harun dan Hj Zikri Mohd Fadil dalam Sesi Libat Urus anjuran NCIA yang dilaksanakan dalam bentuk bengkel interaktif melibatkan pemain industri, akademik, NGO dan agensi kerajaan.

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan fokus utama:

🍽️ F&B | 🏨 Penginapan | 🎡 Aktiviti & Tarikan | 🚍 Aksesibiliti

Setiap kumpulan mengenal pasti isu, membahaskan cabaran sebenar industri serta merangka cadangan penyelesaian yang realistik dan boleh dilaksanakan, sebelum dibentangkan secara terbuka.

Dapatan utama sesi:

• Langkawi berada di landasan tepat sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia

• Persepsi “pulau mahal” dikenal pasti sebagai isu naratif, bukan realiti keseluruhan

• Pasaran antarabangsa kekal positif terhadap Langkawi

• NCIA menunjukkan komitmen tinggi mengumpul data sebenar industri untuk dibawa ke peringkat nasional

Keseluruhannya, sesi ini membuktikan usaha pemerkasaan pelancongan Langkawi sedang digerakkan secara holistik, berfakta dan inklusif, demi memastikan pembangunan pelancongan yang mampan, tersusun dan berdaya saing.

#Langkawi

#NCIA

#PelanconganMampan

#LibatUrusIndustri

#DPMMKedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *