Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK & Sesi Dialog Bersama Usahawan Bumiputera Zon Utara

19 Januari 2026 | Sungai Petani, Kedah

Delegasi DPMM Kedah yang diketuai oleh YDP, Datuk Mohd Zayad telah menyertai Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail & Dialog Bersama Usahawan Bumiputera Zon Utara, anjuran KUSKOP melalui SME Corp. Malaysia, yang berlangsung di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi mendapatkan input serta maklum balas secara langsung daripada Dewan Perniagaan dan komuniti usahawan di peringkat negeri. Seramai 250 peserta telah hadir, merangkumi usahawan dan syarikat Bumiputera, wakil Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, institusi kewangan, GLC serta persatuan dan dewan perniagaan.

Antara pengisian utama program ialah:

▪️ Forum bertajuk “Revolusi & Jihad Perniagaan Usahawan Bumiputera”

▪️ Taklimat oleh TERAJU

▪️ Ucapan Penasihat Khas MPUPK

▪️ Sesi dialog bersama usahawan

▪️ Sesi jaringan strategik usahawan dan market linker

DPMM Kedah menyambut baik platform dialog ini sebagai medium penting bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera, khususnya di Zon Utara.

#KUSKOP#SMECorpMalaysia#RakanPKS#MalaysiaMADANI#HebatkanPerniagaanMalaysia#DPMMKedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *