Grand Arora Hotel, Alor Setar
22 September 2025
Bahagian HalEhwal Undang-Undang (BHEUU), JPM telah mengumpulkan 203 peserta daripada pelbagai latar belakang – agensi kerajaan, parti politik, akademik, NGO, MPKK, dewan perdagangan, persatuan perniagaan & wakil belia Kedah & Perlis – untuk sama-sama beri pandangan dalam penggubalan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik.
Platform ini penting untuk pastikan dasar pendanaan politik negara lebih telus, inklusif & berintegriti.
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana turut melibatkan wakil DPMM Kedah dalam sesi libat urus ini.

