4 Mei 2025
4 Mei 2025, ALOR SETAR – Wakil DPMM Kedah pagi ini turut serta dalam Sesi Libat Urus Semakan Cukai Tanah yang berlangsung di Dewan As-Sakinah MBAS.
Sesi libat urus ini adalah bagi mendapatkan perspektif pembayar cukai berkenaan semakan kadar cukai tanah di Negeri Kedah.
Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah, Datoโ Muhamad Arof Darus dalam ucapanya berkata semakan kadar cukai tanah boleh dijalankan setiap 10 tahun sekali daripada tempoh akhir semakan dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara (MTN). Ini adalah berdasarkan kepada peruntukan perundangan di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828). Merujuk kepada tempoh 10 tahun tersebut, kali terakhir Negeri Kedah menjalankan semakan kadar cukai tanah adalah pada tahun 2016.
Terima kasih kepada Pengeusi DewanMuda Ku Mohd Fikri dan juga AJK Puan Safinah Omar yang hadir bagi mewakili DPMM Kedah.


