𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐀-𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐃𝐏𝐌𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐊𝐀𝐍 𝟓 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

4 October 2026|Wisma Darul Aman

DPMM Kedah yang diketuai YDP Tuan Haji Zuhaizar Abdl Karim, pagi ini menyertai sesi Diskusi Pra-Belanjawan 2027 bersama YB Prof. Haim, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah.

Diskusi turut dihadiri wakil Persatuan Pesawah, Persatuan Pengilang Padi, serta Persatuan Pengusaha Stesen Minyak.

Dalam sesi ini, DPMM Kedah mengemukakan lima cadangan strategik bagi memperkukuh ekonomi dan ekosistem keusahawanan negeri:

1. MEMPERKASA PASARAN RENTAS SEMPADAN (CROSS-BORDER)

Mewujudkan Kedah Cross-Border Trade & Export Programme bagi membantu IKS Kedah menembusi pasaran Thailand Selatan dan Sumatera, Indonesia melalui Kedah Trade Fair, program kesiapsiagaan eksport, padanan perniagaan dan pembangunan rangkaian pengedar.

2. MEWUJUDKAN KEDAH VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (KEDAH-VDP)

Memastikan kemasukan pelaburan besar ke Kedah turut memberi limpahan ekonomi kepada syarikat tempatan, khususnya IKS Bumiputera, melalui pembangunan vendor tiga peringkat – high-value vendors, production & industrial support dan local economic spillover.

3. MERANCANG GERAI DAN PREMIS PERNIAGAAN MENGIKUT RATIO PENDUDUK DAN AKTIVITI EKONOMI

Mewujudkan satu Kedah Commercial & Hawker Planning Ratio supaya penyediaan gerai, pasar, kiosk, lot perniagaan dan rumah kedai mengambil kira jumlah penduduk, usahawan, kepadatan, kuasa beli dan potensi pertumbuhan sesuatu kawasan.

4. MEWUJUDKAN KEDAH ECONOMIC RESEARCH & DATA CENTRE

Menubuhkan pusat penyelidikan dan data ekonomi yang menghimpunkan serta menganalisis data berkaitan pelaburan, perdagangan, pekerjaan, usahawan, MSME dan prestasi ekonomi setiap daerah bagi membantu Kerajaan Negeri merangka dasar dan program yang lebih tepat.

5. MEMBENTUK GOOD BUSINESS CULTURE DALAM KALANGAN USAHAWAN KEDAH

Melaksanakan Good Business Culture Kedah bagi membina budaya perniagaan yang lebih berintegriti, profesional dan berorientasikan pelanggan, meliputi etika perniagaan, tadbir urus, pengurusan pekerja, khidmat pelanggan, reputasi digital dan kesediaan berurusan dengan syarikat besar.

Lima cadangan ini memberi fokus kepada pasaran baharu, rantaian bekalan, infrastruktur perniagaan, data ekonomi dan budaya perniagaan.

Dokumen Tuntutan Strategik Belanjawan 2027 daripada DPMM turut diserahkan kepada YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah untuk diangkat ke peringkat yang bersesuaian.

DPMM Kedah komited untuk terus menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dalam membawa suara komuniti perniagaan dan memperkukuh peranan IKS serta usahawan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *