𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐏𝐌𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐒𝐂𝐇𝐀𝐄𝐅𝐄𝐑 𝐊𝐀𝐋𝐊 (𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

30 SEPTEMBER 2026 | KUALA KETIL

DPMM Negeri Kedah meneruskan usaha memperkukuh jaringan strategik antara komuniti usahawan Bumiputera dengan pemain industri menerusi

Lawatan Industri ke Schaefer Kalk (Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Ketil.

Lawatan yang disertai 13 orang ahli DPMM Kedah telah disambut oleh En. Mazlan Kassim, Senior HR & Admin Manager, yang turut berkongsi penerangan mengenai operasi, aktiviti serta perkembangan syarikat.

Schaefer Kalk (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran produk berasaskan kapur dan kalsium. Fasiliti syarikat di Kuala Ketil merangkumi aktiviti seperti kuari, penghasilan kapur melalui proses pembakaran, penghidratan kapur serta pengeluaran Precipitated Calcium Carbonate (PCC).

Produk berasaskan kalsium yang dihasilkan mempunyai pelbagai aplikasi dan digunakan dalam beberapa sektor termasuk makanan, farmaseutikal, kosmetik, pembinaan, kertas, bahan kimia serta industri getah.

Menerusi lawatan ini, delegasi DPMM Kedah berpeluang melihat tayangan seterusnya mendapatkan sedikit sebanyak pendedahan mengenai operasi industri, teknologi, proses pengeluaran, pengurusan serta aplikasi produk dalam rantaian industri yang berkaitan.

Lawatan sebegini merupakan salah satu platform penting DPMM Kedah dalam memperluas pengetahuan, jaringan dan hubungan strategik antara usahawan dengan pemain industri, selain membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pemindahan pengetahuan dan potensi kerjasama pada masa hadapan.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Schaefer Kalk (Malaysia) Sdn. Bhd., khususnya En. Mazlan Kassim serta pasukan, atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman bersama delegasi DPMM Kedah.

Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh dan membuka lebih banyak peluang kepada kerjasama strategik, jaringan perniagaan serta pembangunan usahawan Bumiputera di Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *