DEWANMUDA DPMM KEDAH ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YB EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH.

5 Oktober 2026 | Kedah

Dewanmuda DPMM Kedah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Ahli MMK Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan.

Pertemuan yang diketuai Pengerusi Dewanmuda DPMM Kedah, Muhammad Furqon bin Mohamad Naim, bersama barisan Ahli Jawatankuasa Dewanmuda ini menjadi ruang untuk memperkenalkan kepimpinan baharu serta berkongsi perancangan dan inisiatif Dewanmuda berkaitan pembangunan belia di Kedah.

Antara fokus utama ialah meneroka peluang kerjasama antara Dewanmuda dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkasa belia, menggalakkan keusahawanan serta membuka lebih banyak ruang penglibatan anak muda dalam pembangunan ekonomi negeri.

Pertemuan ini menjadi langkah awal untuk membina jaringan yang lebih dekat, kerjasama yang lebih tersusun dan agenda belia yang lebih bermakna untuk Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *