5 Julai 2025, Dewanita DPMM Kedah menyertai delegasi Dewanita Pusat dalam kunjungan hormat bertemu Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita & Keluarga (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Pejabat Urusetia HAWA, Menara Datoβ Onn, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan bertukar pandangan tentang peranan wanita dalam pembangunan ekonomi negara. Delegasi berpeluang mendengar nasihat dan idea bernas daripada Tan Sri Shahrizat, seorang tokoh wanita yang kaya pengalaman dalam memperjuangkan agenda wanita dan keluarga.
Pengerusi Dewanita DPMM Kedah, Hajah Asiah Bashah bersama wakil delegasi turut menyatakan komitmen untuk menggerakkan buah fikiran hasil pertemuan ini melalui program bermanfaat di peringkat negeri.
Dewanita DPMM Kedah merakamkan penghargaan atas sambutan mesra dan inspirasi yang dikongsi Tan Sri Shahrizat. Semoga pertemuan ini menyemarakkan usaha memartabatkan wanita sebagai tonggak ekonomi negara.
Wanita Unggul, Ekonomi Mampan.
#Dewanita#DewanitaKedah#DPMMKedah#AgendaWanita#BersamaMaju

