Sungai Petani, Kedah | 27 April 2026
Lebih 250 usahawan Bumiputera Wilayah Utara telah memeriahkan Forum Usahawan yang berlangsung di The Jerai Hotel.
Program kolaborasi antara MIDA, Hong Leong Islamic Bank dan Kerajaan Negeri Kedah ini bertujuan memperkasakan ekosistem perniagaan Bumiputera agar kekal kompetitif dalam landskap ekonomi semasa.
Forum ini telah dirasmikan pada sebelah pagi oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, EXCO Negeri Kedah.
Antara pengisian utama ialah sesi forum bertajuk “Memacu Juara Bumiputera: Akses Pembiayaan, Pasaran dan Rantaian Bekalan Global” yang dikendalikan oleh Naib Yang Dipertua DPMM Kedah, En. Mohd Khairul bin Rohami selaku moderator.
Forum ini turut memberi pendedahan mengenai dasar terkini kerajaan, trend pasaran tempatan dan antarabangsa, serta memperkukuh jaringan antara usahawan, institusi kewangan dan agensi pembangunan.
Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada usahawan untuk terus berdaya saing dan muncul sebagai “Juara Bumiputera” di peringkat global.




