SESI PENERANGAN TEKNIKAL PORTAL E-INVOIS BERSAMA USAHAWAN DPMM KEDAH

📅 26 Jun 2025📍

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Penerangan Teknikal Portal MyInvois yang dikhususkan buat usahawan DPMM Negeri Kedah!

Program ini memberi fokus kepada proses pendaftaran dan aspek teknikal pelaksanaan e-Invoice, yang kini menjadi keperluan penting dalam pematuhan cukai digital.

✨ Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan dari LHDN Negeri Kedah yang sudi turun padang berkongsi ilmu secara langsung bersama usahawan kami. Terima kasih kepada:

🔹 Puan Noor Syuhadah binti Azizi

🔹 Encik Mohd Zahlan bin Mohamad Mustaffa

🔹 Cik Shairulniza binti Mohamad Noor

yang telah menyampaikan penerangan secara jelas, interaktif dan penuh bermanfaat!

Turut hadir, Naib Yang Dipertua DPMM Kedah, Encik Mohd Khairul bin Rohami, yang menyampaikan ucapan aluan serta menzahirkan komitmen DPMM untuk terus memacu pemahaman usahawan dalam era pendigitalan cukai.

✅ DPMM Kedah akan terus komited menganjurkan sesi penerangan dan latihan agar para usahawan kita kekal bersedia, berdaya saing dan celik teknologi dalam dunia perniagaan masa kini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *