Koridor Ekonomi Malaysia–Thailand.

DPMM Kedah Hadiri Persidangan Koridor Ekonomi Malaysia–Thailand.

YDP, Hj. Zuhaizar bin Abdul Karim, bersama Penasihat DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail, telah menghadiri Persidangan Dua Hala “Fostering an Inclusive Economic Corridor between Southern Thailand and Northern Peninsular Malaysia” pada 11 Jun 2026 di Songkhla, Thailand.

Persidangan anjuran Prince of Songkla University (PSU) dan World Bank ini menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan bagi membincangkan pembangunan koridor ekonomi rentas sempadan Malaysia–Thailand yang lebih inklusif dan mampan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, agroperniagaan dan logistik, di samping mengenal pasti cabaran, peluang serta tindakan strategik yang boleh memperkukuh hubungan ekonomi antara Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia.

Sesi turut menampilkan pembentangan daripada Kementerian Perdagangan Thailand, NCIA, World Bank serta beberapa pakar pembangunan wilayah, sebelum diteruskan dengan perbincangan kumpulan dan sesi plenari bagi merangka cadangan tindakan serta hala tuju kerjasama pada masa hadapan.

Penyertaan DPMM Kedah mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluaskan jaringan strategik dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti usahawan serta perniagaan di Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *