Program Dewanita DPMM Kedah Bersama Usahawan Bimbingan AIM Cawangan Kuala Muda.

12 Jun 2026

Dewanita DPMM Kedah berpeluang menghadiri jemputan daripada Usahawan Sahabat Ikhtiar Kuala Muda bagi menjayakan sesi Penerangan Peranan DPMM serta Motivasi Keusahawanan kepada Sahabat Usahawan PBMR menerusi program “Berikhtiar Menambah Rezeki” yang berlangsung di Bilik Mesyuarat AIM Cawangan Kuala Muda, Sungai Petani.

Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memperkasakan usahawan wanita agar terus berdaya tahan, bersemangat serta mampu mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Bual Bicara Usahawan bertajuk “Dari Modal Kecil ke Impian Besar” yang menampilkan dua usahawan berpengalaman sebagai panel:

🌹 Puan Safinah binti Hj. Omar – usahawan serba boleh yang memiliki pengalaman luas dalam kesetiausahaan, pengurusan perniagaan dan kewangan, hinggalah ke bidang pengauditan, percukaian, akaun, pelaburan, dan beberapa lagi cabang perniagaan, dan kini memegang peranan sebagai Pengerusi Dewannita DPMM Kedah.

🌹 Puan Hajah Asiah binti Bashah – Usahawan wanita yang menjadi lambang ketekunan dan keberanian dalam dunia peruncitan – Hajah Asiah binti Bashah, pengasas kepada rangkaian Pasaraya Borong AA Teguh yang kini sudah berkembang pesat dengan lebih 15 cawangan di negeri-negeri utara.

Melalui perkongsian yang penuh inspirasi, para peserta didedahkan kepada pelbagai cabaran dunia perniagaan, strategi menghadapi persaingan serta pengalaman membina kejayaan bermula daripada sumber dan modal yang terhad. Sesi ini turut memberi suntikan motivasi kepada para usahawan untuk terus berusaha, berinovasi dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Dewanita DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AIM Cawangan Kuala Muda atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya saing dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *