Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-90 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah (KCCCI) serta Ulang Tahun ke-14 Jawatankuasa Usahawan

13 Jun 2026 | Alor Setar

DPMM Kedah memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-90 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah (KCCCI) serta Ulang Tahun ke-14 Jawatankuasa Usahawan Beliau yang berlangsung di Frazer Expo & Convention Hall, Alor Setar.

DPMM Kedah diwakili oleh Yang Dipertua, Haji Zuhaizar Abdul Karim dan Mantan Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad Md Ismail.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim Chee Keong.

Majlis yang penuh gemilang ini menghimpunkan pemimpin industri, wakil kerajaan serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negeri, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama serta hubungan erat antara komuniti perniagaan pelbagai kaum di negeri Kedah.

Tahniah kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah atas sambutan ulang tahun yang bersejarah ini. Semoga terus maju dan cemerlang dalam memperkasakan pembangunan ekonomi serta keusahawanan negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *