Majlis Perasmian Kilang Mu’min dan Pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd.

18 Jun 2026 | Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Yang Dipertua DPMM Negeri Kedah, Haji Zuhaizar bin Abdul Karim, hari ini menghadiri Majlis Perasmian Kilang Mu’min dan Pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd. yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd. atas kejayaan membangunkan kilang baharu serta pencapaian 25 tahun dalam memperkasa industri halal tempatan.

Lebih membanggakan, Pengarah Urusan Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd., Dato’ Haji Zaihal Hazri bin Haji Abdul Halim, juga merupakan Ahli Majlis Penasihat DPMM Negeri Kedah, yang sentiasa komited menyumbang kepada pembangunan keusahawanan dan pengukuhan jaringan perniagaan Melayu.

Semoga Mu’min terus melakar kejayaan yang lebih gemilang dan menjadi inspirasi kepada usahawan tempatan untuk terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah Mu’min sempena Jubli Perak 25 Tahun!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *