π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 𝗠𝗔π—₯𝗔 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π——π—”π—› π—žπ—˜ 𝗗𝗣𝗠𝗠 π—žπ—˜π——π—”π—›.

Alor Setar | 4 Januari 2026.

Pejabat DPMM Negeri Kedah pagi ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MARA Negeri Kedah, Encik Rizal Effendi bin Razali, dan pegawai beliau. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang DiPertua DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail, bersama beberapa Ahli Jawatankuasa.

Pertemuan ini menjadi platform penting bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik antara MARA Kedah dan DPMM Kedah, khususnya dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di negeri Kedah.

Encik Rizal Effendi menegaskan bahawa kunjungan ini bukan sahaja bertujuan untuk mempereratkan hubungan dua hala, malah sebagai langkah awal ke arah perbincangan lebih konkrit untuk kerjasama dalam merangka satu program besar berkaitan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera yang lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi, khususnya di negeri Kedah.

DPMM Kedah menyambut baik hasrat tersebut dan berharap sinergi antara MARA Kedah dan DPMM Kedah dapat diterjemahkan melalui inisiatif konkrit yang memberi manfaat langsung kepada usahawan Bumiputera, khususnya di negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *