Sesi Perbincangan Berfokus bertajuk “Strategi Pemerkasaan Pemilikan Aset, Ekuiti dan Kekayaan Bumiputera.”

13 Februari 2026 | Raia Hotel Alor Setar

Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad, pagi ini telah hadir memenuhi jemputan sebagai panel dalam Sesi Perbincangan Berfokus bertajuk “Strategi Pemerkasaan Pemilikan Aset, Ekuiti dan Kekayaan Bumiputera.”

Program ini merupakan anjuran bersama Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UiTM Kedah, yang menghimpunkan pelbagai pemegang taruh untuk berbincang secara terbuka dan konstruktif mengenai cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan Bumiputera dalam membina dan mengekalkan pemilikan aset serta kekayaan jangka panjang.

Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada permasalahan struktur, akses kepada peluang ekonomi, pemilikan ekuiti, literasi kewangan, serta keperluan dasar dan pendekatan baharu yang lebih bersasar dan berimpak tinggi. Pelbagai pandangan dan cadangan strategik telah diketengahkan, dengan matlamat untuk merangka solusi yang lebih praktikal dan mampan demi memperkukuh kedudukan ekonomi Bumiputera.

DPMM Kedah menyambut baik platform perbincangan seumpama ini dan komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyuarakan aspirasi usahawan serta masyarakat Bumiputera, ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan seimbang.

#DPMMKedah

#PemerkasaanBumiputera

#PemilikanAset

#EkuitiBumiputera

#MASA

#UUM

#UiTMKedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *