kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Kedah.

14 Januari 2026.

Pagi ini, Pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Kedah.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan hubungan strategik antara kedua-dua pihak, di samping memberi penerangan ringkas berkaitan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 serta potensi kerjasama bersepadu antara DPMM Kedah dan DOSM Kedah.

Delegasi DPMM Kedah yang diketuai oleh Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad turut diberikan penerangan mengenai latar belakang dan peranan DOSM, produk dan fungsi jabatan, objektif Banci Ekonomi, kaitannya dengan RMK13, serta output banci yang penting dalam menyokong perancangan pembangunan ekonomi negara dan negeri.

DPMM Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah atas kesudian bertandang ke Pejabat DPMM Kedah dan berkongsi maklumat yang amat bermanfaat.

Insya-Allah, hasil pertemuan ini akan direalisasikan melalui pelaksanaan program bersama DPMM Kedah dan DOSM Kedah dalam masa terdekat.

#DPMMKedah

#DOSMKedah

#BanciEkonomi2026

#KerjasamaStrategik

#RMK13

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *