26 SEPTEMBER 2026 | PARADIGM MALL, PETALING JAYA
DPMM Kedah turut hadir memeriahkan Jelajah JIWA SME 2026 edisi Selangor di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Edisi Selangor yang berlangsung pada 26 dan 27 September 2026 mengetengahkan tema βFesyen & Kecantikanβ, dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada pembangunan dan pengukuhan ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Antara pengisian yang diketengahkan ialah sesi podcast dan perkongsian bersama pemain industri, Pentas JUAL, Pentas CIPTA, bengkel TikTok, pameran dan jualan produk usahawan tempatan, solusi digital serta ruang networking yang membuka peluang kepada usahawan untuk membina hubungan dan meneroka potensi perniagaan baharu.
Menariknya, JIWA SME 2026 turut membawa pendekatan βlive commerceβ, menggabungkan pengalaman fizikal dengan platform digital bagi membantu usahawan memperluas pemasaran, meningkatkan capaian pelanggan dan menyesuaikan perniagaan dengan perubahan tingkah laku pengguna.
Lebih menarik, Jelajah JIWA SME 2026 akan tiba di Kedah pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Aman Sentral Mall, Alor Setar, dengan tema βEkonomi Kopi & Budaya Kafeβ.
DPMM Kedah mengalu-alukan semua usahawan, ahli DPMM dan komuniti perniagaan untuk terus memanfaatkan platform sebegini sebagai ruang mendapatkan ilmu, membina jaringan dan meneroka peluang pasaran yang lebih luas.












