Alor Setar | 15 Julai 2025
Petang ini, DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Pejabat Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Penang, diketuai Bapak Aryadi Ramadhan & Ibu Yomi Ayu Lestari (Konsul Ekonomi) bersama pasukan. Rombongan disambut Timbalan YDP Hj Zulkifli Khamis, bersama beberapa orang ahli DPMM Kedah.
Tujuan kunjungan: menyampaikan jemputan rasmi ke Trade Expo Indonesia (TEI) ke-40, 15–19 Oktober 2025 di ICE BSD City, Tangerang.
TEI 2025 kali ini akan mempunyai 3 Zon Utama: Makanan, Minuman & Pertanian, Produk Perkilangan, dan Perkhidmatan & Gaya Hidup Terdapat pelbagai Program menarik ditawarkan seperti B2B Matching, Trade Missions, Forum & Kaunseling dan pelbagai lagi.
Sejak dua tahun lalu, delegasi DPMM Kedah konsisten menyertai TEI — insya-Allah tahun ini juga kita teruskan, demi memperluas peluang & jaringan usahawan.
Terima kasih KJRI Penang atas jemputan & pembentangan tadi. Semoga kerjasama Malaysia–Indonesia terus diperkukuh!
Jom ahli-ahli DPMM untuk melangkah bersama ke pasaran global!
#DPMMKedah#TradeExpoIndonesia#UsahawanGlobal#KolaborasiMalaysiaIndonesia
