MAJLIS PELANCARAN OP SELAMAT 2026.

Gurun, 17 Mac 2026

Majlis Pelancaran Op Selamat 2026 Sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Kedah telah berlangsung di R&R Gurun arah utara dan disempurnakan oleh Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah.

DPMM Kedah turut dijemput menghadiri majlis ini bersama agensi kerajaan dan rakan strategik yang lain.

Operasi ini memberi fokus kepada pengurangan kesalahan lalu lintas, kemalangan jalan raya serta pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Majlis turut diserikan dengan flag off pasukan Op Selamat dan penyerahan goodies kepada pengguna jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pandu cermat, ingat yang tersayang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *