USAHAWAN DPMM KEDAH KONGSI INSPIRASI DALAM NEXTGENBIZ-IPMA MARA KEDAH.

SUNGAI PETANI, 20 April 2026

Program NEXTGENBIZ-IPMA anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan TVET MARA Sungai Petani, melibatkan kira-kira 200 pelatih institusi kemahiran dan bakal usahawan muda.

Program ini menampilkan usahawan automotif tempatan sebagai penceramah jemputan yang berkongsi perjalanan kerjaya beliau bermula sebagai pelatih GIATMARA Sungai Petani pada tahun 2006 sehingga berjaya menubuhkan syarikat sendiri. Berbekalkan kemahiran serta pengalaman industri, beliau menubuhkan perniagaan pada tahun 2008 sebelum mengukuhkannya kepada syarikat sendirian berhad pada tahun 2024.

Dalam sesi perkongsian, beliau menekankan kepentingan disiplin, pengalaman praktikal, keberanian memulakan langkah serta pembinaan networking sebagai asas kejayaan dalam dunia keusahawanan. Perkongsian yang realistik dan bersifat praktikal itu mendapat maklum balas positif daripada peserta.

Pihak DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MARA Negeri Kedah atas jemputan kepada ahli DPMM sebagai penceramah dalam program ini. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Mohd Sobri Saari yang hadir sebagai wakil DPMM Kedah.

Semoga jalinan kerjasama antara DPMM Kedah dan MARA terus diperkukuh dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *