DPMM KEDAH DALAM OPERASI HAJI TANAH AIR (OHTA) – STESEN ALOR SETAR

Musim Haji 1447H | 2 Mei 2026

Raia Hotel Convention Centre, Alor Setar.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, DPMM Kedah sekali lagi menyahut jemputan daripada Lembaga Tabung Haji Kedah untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam Operasi Haji Tanah Air (OHTA) di Stesen Alor Setar.

Bertempat di Raia Hotel Convention Centre, pasukan DPMM Kedah bersama petugas-petugas lain telah berganding bahu membantu proses pendaftaran dan pelepasan seramai 142 jemaah haji yang berlepas dari Stesen Alor Setar.

Penglibatan ini dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial (CSR) dan semangat fi sabilillah, sebagai usaha murni untuk memastikan para tetamu Allah mendapat layanan terbaik sebelum memulakan perjalanan suci mereka ke Tanah Haram.

Semoga setiap jemaah dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang ibadah, serta memperoleh haji yang mabrur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji Kedah atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam program yang penuh makna ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli DPMM, Dewan Muda dan pengurusan DPMM Kedah yang turun menjayakan program sukarelawan DPMM Kedah dalam OTHA tahun ini.

Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah. Semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan keberkatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *