30 Jun 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-57 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang berlangsung pada 29 Jun 2026 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
DPMM Kedah berbangga menghantar 14 orang perwakilan bagi mewakili negeri dalam MAT kali ini. Terima kasih atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang persidangan.
Sekalung penghargaan kepada DPMM Pahang selaku tuan rumah atas penganjuran yang cemerlang, serta kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sokongan dan layanan yang amat dihargai.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan yang telah berjaya dipilih. Semoga terus memimpin DPMM dengan penuh amanah, memperkukuh organisasi dan memperkasa agenda pembangunan usahawan Melayu.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Bersama kita memperkukuh DPMM, memperkasa usahawan Melayu.















