29 Jun 2026
Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Kedah tmenghadiri Majlis Makan Malam “Jasamu Dikenang” yang berlangsung sempena Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kali Ke-57 di Grand DarulMakmur Hotel, Kuantan, Pahang.
Majlis ini menjadi medan menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan individu-individu yang telah bersama memartabatkan perjuangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Pada masa yang sama, ia turut mengeratkan ukhuwah serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara kepimpinan dan perwakilan DPMM dari seluruh negara.
DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada DPMM Pusat atas jemputan serta layanan baik sepanjang berlangsungnya majlis ini.
Semoga hubungan erat yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi memperkasakan usahawan Melayu dan memajukan ekonomi negara.
Terima kasih atas jemputan dan semoga DPMM terus cemerlang, maju serta menjadi wadah perjuangan usahawan Melayu yang sentiasa relevan.






