12 Julai 2026
***”Bubur dikacau dengan kasih, diadun dengan ukhwah, disaji penuh keberkatan.”***
Alhamdulillah, Program **Jom Kacau Bubur Asyura DPMM Kedah 2026** telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh kemeriahan, semangat gotong-royong dan kebersamaan.
Seawal jam **8.30 pagi**, warga DPMM Kedah berganding bahu menyediakan bubur asyura. Hasil usaha bersama, sebanyak **250 pek bubur** berjaya disediakan dan diedarkan kepada masyarakat sekitar **Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar** tepat jam **12.00 tengah hari**.
Program ini bukan sekadar menghidangkan bubur asyura, malah menjadi medium mengeratkan silaturrahim, menyemai nilai keprihatinan dan memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan warga DPMM Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pengurusan, Ahli Jawatankuasa, Dewanmuda, Dewannita, ahli-ahli, kakitangan, penaja serta semua sukarelawan yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan segala usaha ini dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT. **Insya-Allah, kita bertemu lagi pada tahun hadapan.**




















