19 Julai 2026 (Ahad), Dhubai – Steak & Mediterranean Dining, Alor Setar
DPMM Negeri Kedah telah menganjurkan Sesi Latihan Etika dan Protokol di Meja Makan dalam Majlis Rasmi bagi meningkatkan profesionalisme serta keyakinan ahli dalam menghadiri majlis rasmi, jamuan korporat dan urusan perniagaan.
Sesi latihan ini dikendalikan oleh AbuTaha Group Food Industry Malaysia, yang berkongsi ilmu dan amalan terbaik berkaitan etika jamuan rasmi serta budaya profesional dalam dunia korporat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga AbuTaha Group Food Industry Malaysia, khususnya Cik Amira Fadhliana Omar selaku Floor Captain dan fasilitator program, atas perkongsian ilmu, pengalaman serta bimbingan yang amat bernilai.
Antara modul yang dipelajari:
Table Setting mengikut standard majlis rasmi
Dining Etiquette – etika penggunaan peralatan makan
Protokol dan adab di meja makan dalam majlis rasmi dan urusan korporat
Program ini telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Kedah serta ahli-ahli yang berminat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memperkukuh imej profesional usahawan Melayu dan meningkatkan keyakinan dalam membina jaringan perniagaan di peringkat nasional serta antarabangsa.





