30 Julai – 2 Ogos 2026
ICC, Prince of Songkla University International Convention Center, Hat Yai, Thailand.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah telah menghantar seramai 42 orang delegasi bagi menyertai World HAPEX 2026, sebuah pameran dan persidangan halal bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pemain industri, penyelidik, pelabur dan pakar halal dari seluruh dunia.
Bertemakan “Halal Wellness and Innovation”, World HAPEX 2026 menjadi platform strategik yang menghimpunkan peserta dari 12 buah negara serta menampilkan 224 ruang pameran, persidangan antarabangsa, sesi padanan perniagaan (Business Matching), perbincangan pelaburan dan pelbagai aktiviti jaringan perniagaan.
Penyertaan DPMM Negeri Kedah dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi untuk memperkukuh jaringan perdagangan rentas sempadan Malaysia–Thailand, membuka peluang pasaran halal global kepada usahawan, serta menyokong pembangunan ekosistem industri halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat serantau serta antarabangsa.









