World HAPEX Leaders’ Roundtable Meeting

30 Julai 2026 | PSU ICC, Hat Yai, Thailand.

DPMM Negeri Kedah dengan penuh rasa bangga apabila Yang Dipertua DPMM Negeri Kedah, Tuan Haji Zulhaizar bin Abdul Karim, telah diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia sebagai salah seorang jurucakap dalam 1st World HAPEX Leaders’ Roundtable Meeting sempena World HAPEX 2026 di Prince of Songkla University International Convention Center (PSU ICC), Hat Yai, Thailand.

Perbincangan yang bertemakan “Building Strategic Partnerships for Sustainable Global Halal Development” ini menghimpunkan pemimpin, pembuat dasar, ahli akademik dan pemain industri dari pelbagai negara bagi membincangkan usaha memperkukuh ekosistem halal global melalui kerjasama strategik.

Dalam sesi tersebut, DPMM Kedah turut membangkitkan beberapa isu penting yang dihadapi usahawan, khususnya berkaitan dasar dan garis panduan perdagangan rentas sempadan (cross-border policies and guidelines). DPMM Kedah juga mengemukakan cadangan untuk memperkukuh ekosistem perdagangan dua hala Malaysia–Thailand, di samping memudah cara proses kelulusan regulatori dan akses pasaran, khususnya bagi produk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur serta Halal Institute, Prince of Songkla University (PSU) atas kepercayaan yang diberikan kepada DPMM Negeri Kedah untuk menjadi antara wakil Malaysia dalam perbincangan berprestij ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus memperkukuh hubungan Malaysia–Thailand serta membuka lebih banyak peluang kepada usahawan halal untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *