18 Dec 2022| Pokok Sena, Kedah
pengurusan DPMM Kedah yang di ketuai oleh YDP Dewan, Datuk Mohd Zayad Ismail telah berkunjung bertemu dengan mangsa2 kebakaran di Taman Indah, Jabi di Pokok Sena. Dalam kejadian pada tengah malam 11 Disember 2022 lalu telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan empat rumah sederet, dua kereta dan sebuah motosikal di Taman Indah, Jabi di Pokok Sena.
Dalam kunjungan ini pihak DPMM Kedah telah meyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa2 kebakaran. DPMM Kedah berharap sumbangan kecil ini dapatlah meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat.