ππ πππππππππ ππππ| πππππ ππππππ
DPMM Negeri Kedah terus memperluaskan jaringan perniagaan antarabangsa apabila YDP, Hj. Zuhaizar Abdul Karim, bersama enam orang delegasi DPMM Kedah menghadiri Networking Dinner βPakistan Culinary Showcaseβ di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Commercial Section, High Commission of Pakistan in Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada penglibatan Pakistan sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026, yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Majlis turut diadakan bagi meraikan delegasi rasmi Pakistan yang diketuai oleh His Excellency Rana Tanveer Hussain, Federal Minister for National Food Security and Research, Pakistan, sekali gus menyediakan ruang pertemuan dan jaringan antara wakil kerajaan, komuniti perniagaan, pemain industri serta pemegang taruh dari Malaysia dan Pakistan.
Bagi DPMM Kedah, penyertaan dalam majlis sebegini bukan sekadar memenuhi jemputan, malah menjadi platform strategik untuk membina hubungan, bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama perdagangan khususnya dalam sektor makanan, produk halal, agro-makanan dan industri berkaitan.
Majlis networking seperti ini juga memberi peluang kepada DPMM Kedah untuk memperkenalkan potensi usahawan negeri Kedah serta membina hubungan dengan rakan strategik antarabangsa yang boleh dikembangkan kepada kerjasama perniagaan pada masa akan datang.
Lebih banyak jaringan, lebih banyak peluang.







