24 Ogos 2026 | Alor Setar, Kedah.
DPMM Negeri Kedah hari ini menerima kunjungan Delegasi Perdagangan Wilayah Trang, Thailand dalam sesi Jalinan Kerjasama Dua Hala DPMM Kedah & Wilayah Trang di Bangunan DPMM Kedah, Alor Setar.
Delegasi Trang diketuai oleh YB Mr. Anan Boon Samran, Deputy Governor of Trang Province, serta disertai Mr. Pracha Ngamratanakul, Deputy President, Chamber of Commerce & Industry of Trang Province bersama 24 usahawan dan wakil perdagangan.
Bagi pihak DPMM Kedah, perbincangan diketuai oleh YDP, Hj. Zuhaizar Abdul Karim, bersama 26 usahawan Kedah yang terdiri daripada ahli DPMM Kedah dan rakan-rakan networking daripada pelbagai sektor perniagaan.
Pertemuan ini menjadi platform untuk meneroka peluang kerjasama dalam perbagai sector perniagaan khususnya pelancongan, makanan dan industri halal, perdagangan rentas sempadan, misi perniagaan, pelaburan serta jaringan pasaran.
Sesi networking dan business engagement turut memberi peluang kepada usahawan kedua-dua wilayah untuk bertukar pandangan serta membina jaringan perniagaan yang berpotensi dikembangkan pada masa hadapan.
DPMM Kedah berharap pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan perdagangan yang lebih erat, berterusan dan memberi manfaat bersama kepada komuniti perniagaan Malaysia dan Thailand.
Selamat datang ke Kedah dan DPMM Kedah!













