21 Disember 2023| Alor Setar
KARNIVAL USHAWAN NEGERI KEDAH 2023
Hari ini merupakan hari pertama dan hari perasmian bagi Karnival Ushawan Negeri Kedah 2023 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor setar Kedah.
Dato’ Hj. Mohd Salleh Saidin, Exco Perlancongan, Kebudayaan dan keusahawanan Negeri Kedah turun memberi ucaptama seterusnya merasmikan Karnival Usahawan Kedah 2023 yang bermula hari ini hinggalah pada malam 23hb December 2023.
Turut hadir memberi ucapan adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.Bhg Dato’ Hj. Fauzi bin Mustaffa. Timbalan Yang DiPertua DPMM Kedah, Tuan Hj. Zulkifli Khamis turut hadir mewakili DPMM Kedah naik ke pentas bagi menerima sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri Kedah atas keterlibatan dalam Karnival usahawan tahun ini.
Karnival kali ini menawarkan 60 booth pameran dan jualan barangan kering, 30 gerai makanan dan minuman serta 10 tapak food truck. DPMM Kedah juga turut serta dengan menempah 1 pavilion booth untuk ahli-ahli Dewan menjual dan mempromosi produk2 mereka.
Selain karnival jualan dan pameran terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi Pemadanan Perniagaan, sesi bicara usahawan, taklimat dan pocket talk bersama agensi, hiburan artis tempatan, demonstrasi masakan, pertanian, kraftangan dan banyak lagi.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui UPUK dibawah BPEN yang sentiasa berusaha membantu para usahawan membangunkan keupayaan usahawan dengan melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan seperti Karnival Usahawan ini.
Orang Utara !!! JOM pakat ramai-ramai turun memeriahkan Karnival Usahawan KITA sebagai tanda sokongan kepada peniaga-peniaga KITA.
See Insights and Ads
All reactions:
1616