22/6/2023| Pejabat DPMM Kedah, Alor
Pagi ini Pejabat DPMM Kedah menerima kunjung hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kedah. Kunjungan tesebut disambut oleh YDP Datuk Mohd Zayad bersama AJK Dewan. Antara tujuan bertemuan adalah bagi menjalinkan kerjasama strategik Jabatan Perangkaan Malaysia dan DPMM Kedah bagi aspek perkongsian data dan maklumat khususnya Banci Ekonomi yang sedang dijalankan pada tahun 2023 dan Banci Pertanian Pada tahun 2024.
Terima kasih kepada;
1. Puan Hamimah binti Mohd Shah, Timbalan Pengarah
2. Puan Nur Adilah binti Hassan, Pen. Pengarah Kanan
3. Puan Wan Nur Atiqah binti Wan Habib, Pen. Pengarah
4. Puan Salina binti Ahmad, Pen. Peg. Perangkaan
Semoga hubungan dan kerjasama dapat dijalankan antara kedua-dua Pihak. DPMM Kedah mengucapkan penghargaan atas kunjungan tersebut.