28/1/2024|Alor Setar.
Pagi ini pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM). Kunjungan disertai lima orang yang diketuai oleh Pengarah Pusat Alumni UUM Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar , dan telah di sambut oleh YDP Datuk Mohd Zayad. Turut bersama adalah Pengerusi Dewan Muda Ku Mohd Fikri, Timbalan Pengerusi Dewanita Puan Norharizan Hj Hussain, dan AJK en Mohd Ferdaus Kalkausar.
Antara tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk memohon kerjasama dengan DPMM Kedah bagi penganjuran satu majlis berbentuk Forum Keusahawanan yang bertemakan silang budaya antara usahawan Melayu, Cina dan India.
DPMM Kedah menyatakan minat dengan cadangan tersebut dan berbesar hati untuk berkejasama bagi menjayakannya. InshAllah cadangan tersebut bakal terlaksana pada bulan Febuari nanti.
See Insights and Ads
All reactions:
1313