30 DIS 2024, ALOR SETAR – DPMM Kedah pagi ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Delegasi DPMM Kedah diketuai oleh YDP Datuk Mohd Zayad. Turut serta adalah TYDP Tuan Hj Zulkifli Khamis, AJK Dewan, pengerusi Dewannita dan Dewanmuda.
Ketibaan delegasi DPMM Kedah disambut mesra oleh bahagian pengurusan KEDA iaitu En. Rojani bin Romeli, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), En. Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Bahagian Hartanah dan Prasarana (BHP), dan En. Muhamad Syakir Zufairi b. Raziyuddin , Pengurus Besar Kumpulan KKEDA Holdings Sdn Bhd.
Kunjung hormat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara KEDA dan DPMM Kedah, khususnya dalam program-program Pembangunan Keusahawanan dan penyediaan kemudahan bagi meningkatkan martabat perniagaan bumiputera dan mewujudkan entiti pemasaran produk luar bandar bagi menembusi pasaran kuasa beli tinggi.
Antara persefahaman yang di wujudkan dalam sesi pertemuan ini juga ada menyentuh berkenaan dengan kerjasama dalam megadakan Kursus/Latihan/Seminar dalam pelbagai bidang keusahawanan yang boleh dilibatkan usahawan daripada ahli-ahli DPMM.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Tuan Ismasuhaimi turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai operasi dan peranan KEDA dalam membangunkan komuniti luar bandar di Kedah.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan baik antara KEDA dan DPMM, serta membuka peluang kolaborasi dalam program-program pembangunan usahawan yang bermanfaat kepada masyarakat bumiputera khususnya.




See insights and ads
All reactions:
5353