31/1/2024|Alor Setar
KUNJUNG HORMAT KONSUL JENDERAL INDONESIA PENANG KE PEJABAT DPMM KEDAH.
Pagi ini pejabat DPMM Kedah telah menerima kunjungan daripada Konsul Jenderal Indonesia Penang (KJRI) yang baru iaitu Bapak Wanton Saragih. Turut serta adalah Konsul Ekonomi 1, Bapak Kiki Tjahjo Kusprabowo, Konsul Ekonomi 2, Bapak Aryadi Ramadhan, dan Bapak Ofriendly Sagala.
Sesi kunjungan ini adalah sebagai salam perkenalan daripada Bapak Wanton yang baru ditugaskan sebagai Konsol Jenderal Indonesia yang baru di Pulau Pinang. Pertemuan ini juga sebagai meneruskan kerjasama baik antara kedua-dua pihak serta membincangkan program-program yang boleh dilakukan bersama.
Kunjugan dari KJRI ini disambut oleh YDP, Datuk Mohd Zayad, TYDP Hj Zulkifli Khamis bersama AJK2 Dewan. DPMM Kedah berbesar hati atas hubungan akrab KJRI dengan DPMMK selama ini dan akan sama-sama menyokong untuk setiap jemputan menyertai aktiviti bagi kedua-dua belah pihak.
See Insights and Ads
All reactions:
1111